Showing posts with label Luah. Show all posts
Showing posts with label Luah. Show all posts

Monday, 14 November 2011

Luah 18 | Rindu~



Rindu itu terkadang harus disimpan rapi.


Kerna jika diluahkan pasti menggugat hati.






Rindu itu tidak bertepi~

Tuesday, 1 November 2011

Luah 17 | Cabar~

Terkadang pabila ada yang mencabar.
Terasa seakan ingin mencabar kembali.


Tapi...
Berbaloikah?
Akal Tuhan dah beri.


Teruskan saja langkah sendiri.
Mungkin itu yang terbaik~
Buat sendiri dan semua.


Tuesday, 11 October 2011

Luah 16 | Maaf~

Lewat ini
aku terlalu lantang
meludah bicara.

Jelas tampak di situ
sepertinya aku ini
mau kan perhatian.

Mungkin kerna luka
yang aku cuba jahit
belum lagi sembuh.

Maaf jika tercalar kamu di hati.
Dari aku insan yang pentingkan diri.

Sunday, 9 October 2011

Luah 15 | Sedih~

Ada satu ketika timbul satu rasa
rasa yang terlalu sukar diungkapkan
seakan ingin menjerit ke seluruh alam
tentang kebenaran dan hakikat sebenar

yang selama ini aku diamkan
yang selama ini mereka perkatakan
yang kebenaran diputarkan mereka

namun apalah dayaku
hanya mampu menggigit bibir
menahan sedih
menahan pilu
menahan amarah
seorang diri
hanya mampu biarkan mereka
mempermainkan maruahku

hanya kerna aku tak mampu suarakan
jangan sangka aku terlalu hina
hanya kerna ada yang perlu aku lindungi
jangan fikir aku merelakan dikeji

Jika boleh aku pinta pada Tuhan
beri kalian rasa seperti aku rasa tika ini
seakan hidup tanpa bernyawa
menahan segala seorang diri
malangnya
masakan aku sanggup
doakan begitu
buat kalian

hanya kerna aku terus berdiam
jangan sangka aku tak punya perasaan
aku juga manusia biasa yang bisa sakit pabila disakiti


Saturday, 8 October 2011

Luah 14 | Hati~

Yang dinamakan manusia itu
Hatinya pasti berbolak-balik
Ada ketika rasanya seperti itu
Ada ketika rasanya seperti ini

Tentunya Aku juga seperti itu

Jadi, aku mohon
Jaga selalu ya hati aku
Ya Quddus~

Moga jauh aku selalu dari penyakit hati itu
Kerna aku tak mahu jadi seperti mereka itu
Mereka yang bermegah mengaibkan yang lain~


Sunday, 25 September 2011

Luah 13 | Hembus~

Aku pejam rapat-rapat
Tarik nafas dalam-dalam
Aku buka kotak lama itu
Aku hembus semua ke dalamnya
Aku tutup cepat-cepat
Aku tak mahu buka lagi

Aku tarik nafas lagi
Dalam sedalamnya
Aku hembus kuat-kuat

Lega~

Aku tersenyum
Aku teruskan langkah.

Saturday, 24 September 2011

Luah 12 | Terang~

Jika menerangkan itu suatu yang mudah
Tiadalah manusia yang tersalah sangka

Jika meluahkan itu amat senang
Tiada terpendam yang menyakitkan

Manusia itu pelbagai ragamnya
Hadamlah satu persatu
dan mulakan langkah baru




Thursday, 8 September 2011

Luah 11 | Tamak~

Aku nak.
Tapi Tuhan tak bagi.
Aku nak juga.

Tamak?
Memang aku tamak.
Tapi Tuhan kata.
Bukan milik aku.
Baiklah.
Aku lepas.

Pergi.
Tapi jangan tangis.
Jangan sedih.
Tahu tak aku benci.
Tengok kamu sedih.
Aku sakit.

Sakit buat aku.
Nak tarik kamu.
Balik.

Sunday, 4 September 2011

Luah 10 | Hina~

Aku sedar.
Aku hina di mata seseorang.
Katanya aku tak pernah bersalah.
Sedangkan hatinya memainkan lagu.
Yang mencantas segenap jiwa aku.
Seolah aku ini tiada harga diri.

Tak mengapa.
Kamu takkan ngerti.
Isi hati aku yang benarnya.
Kamu hanya inginkan mereka.
Ngerti jiwa dan hati kamu yang lara.

Akhirnya.
Yang perit itu pada dia.


Thursday, 18 August 2011

Luah 9 | Pendam~

Mungkin kerna letih banyak pendam rasa.
Buat aku fikir sesuatu yang tak sepatutnya.

Jiwa memberontak, hati menggelodak.

Ok. Simpan. Diam. Senyum.

Ambil nafas baru.
Moga tenang.

Luah 8 | Hati~

Hobi aku, jaga hati orang lain.
Hati aku, pijak sampai lumat.

Wednesday, 17 August 2011

Luah 7 | Bahagia~

Berbahagialah selalu~

Kamu layak miliki bahagia itu.

Bukan aku.

=)

Luah 6 | Singkir~

Di penghujung musim, yang buruk tetap pada aku.
Orang lain tersenyum, aku tersingkir~

Saturday, 13 August 2011

Luah 5 | Syukur~

Dalam perjalanan ke negeri abadi.
Ada banyak ranjau liku aku lalui.

Tuhan beri aku sakit.
Tuhan beri aku ujian.
Tuhan beri aku derita.
Tuhan beri aku sengsara.

Bukan itu saja.
DIA kurnia aku bahagia.
DIA kurnia aku senyuman.
DIA kurnia aku kasih-sayang.
DIA kurnia aku segalanya aku perlu.

Itu tandanya.
Tuhan kasih aku.
Tuhan sayang aku.
Tuhan cintakan aku.

Bila aku berlari.
DIA tunjukkan jalan.
Bila aku tersadung.
DIA hulurkan tangan.
Bila aku terjatuh.
DIA angkat aku kembali.


.:Aku bersyukur Tuhan ada:.


Friday, 12 August 2011

Luah 4 | Tepi~

Tanpa sedar...
Aku sudah selamat di bawah rupanya...
Sudah puas aku berehat seketika waktu...

Kini... aku sedang menapak ke atas kembali...

Perlahan-lahan...


Terima kasih kerna hantarku dengan penuh kelembutan~
Amat aku hargainya~


di sini aku selitkan Tepi itu...

Sunday, 7 August 2011

Luah 3 | Sayu~

Malam makin kelam...
Fajar makin menyinsing...
Aku masih bulat matanya...
Tiada nafsu untuk melangkah ke tempat beradu...
Putaran kenangan lalu bermain canda di jiwa sepi...
Hendak rasa apa... Sudah tidak pasti~


~Bahagialah kamu selalu, doaku~

Saturday, 6 August 2011

Luah 2 | Kawan~

Aku sudah bilang...
Kita pasti bercantum kembali...
Malam ini bersaksikan bulan mulia...
Kita ketemu kembali bersama menyisip memori semalam...
Agar hari esok kita akan terus bersinar...
Terima kasih kawan~
Selamat pulang ke pangkuanku~


Menyorot kenangan di sini~

Luah 1 | Rindu~

Aku kangen bangat ama kamu...
Bila mau ketemu kembali...
Mungkin perpisahan ini...
Bakal ke akhirnya waktu...
Aku rindu~

# rindu sama makhluk bermisai dan berbulu juga berkaki empat itu... mana kamu hilang... :(